.

Microdia Hadir Dengan Kad Mikro-SD Sebesar 512GB – Berharga Sekitar RM3700

Bagi kebanyakkan peranti baru pada hari ini, ia hadir dengan sokongan mikro-SD yang membolehkan pengguna memperluaskan ruangan storan terhad pada peranti mereka. Sebagai contoh pada telefon pintar, tablet, mahupun komputer seperti Surface.
Di pasaran, terdapat beberapa kad mikro-SD, dan paling besar sehingga sebelum ini adalah daripada SanDisk pada saiz 200GB. Terkini, bersempena dengan Computex 2015, salah satu pengeluar ruangan storan, iaitu Microdia telah memperkenalkan kad mikro-SD mereka tersendiri yang mana membawakan kapasiti simpanan sebesar 512GB.
Microdia 512GB Mikro-SD
Seperti semua sedia maklum, beberapa telefon pintar baru telah membawakan sokongan untuk menggunakan kad mikro-SD sehingga 2TB. Jadi, tidak mustahil untuk pengguna mendapatkan kad sebesar 512GB ini – terutamanya jika terlibat dalam menyimpan pelbagai jenis fail media.
Namun, salah satu perkara yang mungkin akan menghentikan pengguna adalah harganya. Buat masa ini, memandangkan ia masih lagi baru, kad mikro-SD bersaiz 512GB ini dijangka berharga sekitar $1000 (~RM3759). Harga akhirnya masih tidak disahkan lagi buat masa ini, tetapi tidak mustahil untuk kita melihat harga sekitar itu memandangkan ia masih baru lagi.
Previous
Next Post »