HTC pada bulan April yang lepas telah memperkenalkan HTC One M9+ untuk pasaran Malaysia, dimana ia hadir dengan cip pemprosesan Helio X10. Kini, sebuah lagi peranti baru HTC diperkenalkan dengan menggunakan cip pemprosesan sama daripada MediaTek, dan dinamakan sebagai HTC One ME.
HTC One ME membawakan rekaan ikonik peranti flagship HTC, dan ia membawakan rekaan berasaskan kepada polikarbonat dan bukannya logam. Ini biasanya dilakukan oleh pihak HTC dalam mengurangkan harga kos dan membolehkan lebih ramai mendapatkan peranti HTC dan menggunakannya berbanding peranti seperti HTC One M9+ yang berharga tinggi.
Dari segi spesifikasi, HTC One ME dijana menggunakan MediaTek Helio X10 2.2Ghz, memori 3GB RAM, skrin bersaiz 5.2-inci, serta ruangan storan 32GB. HTC turut menyertakan kamera belakang 20-megapixel serta kamera hadapan HTC Ultrapixel. Tiada sokongan Duo Camera yang hadir pada peranti ini.
HTC juga turut menyertakan sokongan BoomSound pada bahagian hadapan, selain pengimbas cap jari seumpama yang terdapat pada HTC One M9+.
Buat masa ini, HTC hanya menyenaraikan HTC One ME untuk pasaran China sahaja, dan tidak diketahui sama ada ia akan diperluaskan ke rantau Asia yang lain ataupun tidak.
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon