.

Apple Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Muzik Dinamakan Apple Music Pada Minggu Hadapan

Apple pada minggu hadapan akan mengadakan acara WWDC yang mana memfokuskan para pembangun, selain pada masa yang sama turut berkongsi beberapa perkara baru yang akan dibawakan oleh syarikat berkenaan. Salah satu perkara baru yang dijangka akan diumumkan oleh Apple pada acara berkenaan adalah perkhidmatan penstriman muzik mereka tersendiri yang mana mungkin dinamakan Apple Music.
iTunes Gift CardPerkhidmatan tersebut dikatakan mungkin berasaskan kepada perkhidmatan Beats Music sebelum ini, dan bersaing dengan beberapa perkhidmatan lain seperti Spotify, Deezer, dan juga Tidal.
Apple Music ini kelak dikatakan akan menawarkan fungsi penstriman muzik, selain turut menawarkan saluran yang mempunyai kurator untuk menyusun kandungan dan memilih kandungan yang menarik serta bersesuaian. Desas-desus turut mengatakan Apple mungkin mengintegrasikan beberapa fungsi daripada laman sosial Ping yang telah ditamatkan Apple sebelum ini.
Apple Music ini dikatakan akan ditawarkan pada harga langganan sekitar $10 sebulan dan hadir dengan penawaran bebas iklan seperti Spotify.
Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai perkhidmatan ini pada minggu hadapan. Namun, ia tidak diketahui lagi sama ada Apple akan menawarkan ia secara meluas ke seluruh dunia atau hanya terhad kepada pasaran Amerika Syarikat sahaja ketika fasa pengenalan.
Previous
Next Post »