Bagi sesetengah pengguna, mungkin ada kalanya anda ingin mengetahui jenis tulisan atau fon yang digunakan pada sesuatu imej atau web, dan menggunakan ia pada projek atau menambahnya pada simpanan anda. Untuk memudahkan proses mengenali sesuatu fon, salah satu perkhidmatan berasaskan web yang boleh dikatakan agak berguna adalah WhatTheFont.
Melalui perkhidmatan WhatTheFont, ia akan memerlukan pengguna memuat-naik imej yang mempunyai tulisan atau fon berkenaan, dan seterusnya ia akan mengesan tulisan berkenaan menggunakan algoritma tersendiri. Pengguna akan diminta untuk mengenal-pasti abjad yang digunakan pada sesuatu gambar – tetapi daripada percubaan kami, kebanyakkan kali ia dikesan secara automatik.
Beberapa saat selepas itu, laman WhatTheFont ini akan memberikan hasil akhir dan memberikan idea berkenaan jenis tulisan yang digunakan oleh sesuatu logo atau imej.
Walaubagaimanapun, tidak kesemua carian menghasilkan apa yang dikehendaki, dan carian jenis fon ini berhasil dengan baik apabila menggunakan latar yang berwarna mendatar dan tidak mempunyai imej pada belakangnya.
Sesetengah carian kami menghasilkan apa yang dikehendaki, sebaliknya ada sebahagian yang tidak memperlihatkan hasil, dan ada yang memperlihatkan jenis tulisan yang paling hampir dengannya.
Seperti biasa, selain mencari jenis tulisan tersebut sendiri, cara mudah untuk mengenali akan sesuatu jenis fon yang digunakan adalah dengan bertanyakan sendiri terus kepada perekabentuknya.
Layari : WhatTheFont
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon