.

Anda Kini Boleh Menyelam Di Lebih 40 Lokasi Menggunakan Google Street View

Google Street View merupakan salah satu projek yang dijalankan oleh Google dalam merakamkan gambar lokasi menggunakan kamera khusus, dan seterusnya membolehkan para pengguna seluruh dunia mengaksesnya menggunakan pelayar web dan aplikasi mudah-alih.
Google Street View sedia meliputi sejumlah jalan raya utama di seluruh dunia – termasuk sekitar Semenanjung Malaysia. Selain daripada jalan raya, Google juga turut meliputi rakaman dalam laut menggunakan teknologi Street View.
Google StreetView
Sebelum ini, pelbagai lokasi utama untuk menyelam telah disokong olehnya, dan hari ini Google mengumumkan sejumlah 40 lokasi sekitar seluruh dunia diliputi dengan sokongan Street View untuk rakaman dasar laut.
Melaluinya, kini pengguna boleh menyelam bersama, melihat keadaan dalam laut, dan pada masa yang sama melihat kehidupan laut yang berubah dari tahun 2014 ke 2015.
Google juga turut mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan lebih banyak badan yang berkaitan dalam merakamkan lebih kawasan dalam laut di sekitar seluruh dunia.
Bagi anda yang ingin menyelam bersama, mungkin boleh menyemak beberapa lokasi menarik sekitar Pasifik SelatanBali, dan pelbagai lokasi lain.
Previous
Next Post »